Penternak isytihar ‘krisis’

Penternak isytihar ‘krisis’

LONDON, 11 Ogos – Para penternak British mengisytiharkan “krisis” semalam selepas beberapa hari bantahan berhubung kejatuhan harga yang menyaksikan susu dan daging lembu tiada dalam pasaran di kedai dan pusat membeli-belah.

Kesatuan penternak mengadakan kemuncak tergempar semalam berhubung harga susu dan daging lembu, dalam bidaan untuk mengurangkan masalah dihadapi para pengeluar ketika harga barangan global mencatatkan penurunan.

“Secara terang-terangan industri kini berada dalam keadaan krisis. Wujud keadaan putus asa di kalangan anggota kami,” kata Meurig Raymond, presiden Kesatuan Penternak Kebangsaan.

“Saya sudah berternak selama 45 tahun dan ini keadaan paling buruk yang saya ketahui, terutama sektor tenusu dan biri-biri.”

Barisan susu lembu untuk jualan dipamerkan di pasar raya Morissons di Aylesbury, Britain pada 11 Ogos 2015. – Reuters
Barisan susu lembu untuk jualan dipamerkan di pasar raya Morissons di Aylesbury, Britain pada 11 Ogos 2015. – Reuters

Purata harga dibayar kepada penternak bagi seliter susu hanya di bawah 24 pence (AS$00.37, 00.34 euro), penurunan 25 peratus setahun, sementara kesatuan penternak menganggarkan ia membabitkan kos di antara 30 dan 32 pence untuk menghasilkannya.

Dalam bantahan mereka, penternak pergi ke pasar raya untuk membeli keseluruhan stok mereka di Morrisons, Asda dan Lidl, serta memblok pusat-pusat pengedaran.

Pada hujung minggu, kira-kira 70 pembantah membawa dua ekor lembu memasuki cawangan Asda di bahagian tengah bandar Stafford sebagai salah satu cara bantahan. Kesatuan Penternak Kebangsaan memberi amaran bahawa harga rendah bermakna produk susu British boleh hilang daripada pusat jualan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA