Penternakan canggih

Penternakan canggih

Oleh Siti Nur Wasimah S & Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – Syarikat Salasa Asyar Sdn Bhd melakar sejarah baru apabila melaksanakan perusahaan rumah ayam berhawa dingin, bertingkat-tingkat dan beroperasi secara automatik, dengan menggunakan kemudahan teknologi canggih.

Sehubungan itu, pembukaan rasmi Rumah Ayam Bertingkat berkenaan yang terletak di Kawasan Kemajuan Pertanian Tanah Tuah, Kulapis telah diadakan hari ini, dan disempurnakan oleh Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, yang turut meninjau kawasan ladang berkenaan.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan Sumber-sumber Utama), Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Pemangku Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Hajah Khartini binti Haji Musa dan Pengarah Pusat Ehsan, Dato Paduka Haji Mohammad Alimin bin Haji Abdul Wahab.

Pengarah Salasa Asyar Sdn Bhd, Awang Mohd Zen bin Omar dalam ucapannya menjelaskan, syarikat berkenaan berjaya membina sebanyak empat buah rumah ayam baru dengan setiap satu berukuran 300 kaki panjang dan 32 kaki lebar.

Yang Berhormat Pehin Haji Yahya semasa meninjau kemudahan canggih perusahaan rumah ayam berhawa dingin Syarikat Salasa Asyar Sdn Bhd.
Yang Berhormat Pehin Haji Yahya semasa meninjau kemudahan canggih perusahaan rumah ayam berhawa dingin Syarikat Salasa Asyar Sdn Bhd.
Yang Berhormat Pehin Haji Yahya semasa membuat lawatan ke sekitar ladang ayam berteknologi tinggi itu.

p04-4_20150724 p04-5_20150724

Yang Berhormat Pehin Haji Yahya semasa hadir di majlis perasmian.
Yang Berhormat Pehin Haji Yahya semasa hadir di majlis perasmian.
Awang Mohd Zen semasa menyampaikan ucapan.
Awang Mohd Zen semasa menyampaikan ucapan.
Antara mereka yang menghadiri majlis tersebut.
Antara mereka yang menghadiri majlis tersebut.
Awang Gilbert Ong Ang Eng menyampaikan sumbangan kepada Dato Paduka Haji Mohammad Alimin.
Awang Gilbert Ong Ang Eng menyampaikan sumbangan kepada Dato Paduka Haji Mohammad Alimin.

p04-10_20150724 p04-11_20150724 p04-12_20150724

Dayang Zawiyah memberitahu media, Salasa Asyar telah menghantar penghasilan mereka ke-52 buah kedai dan pasar raya di negara ini, dengan sasaran utama mereka adalah untuk memenuhi permintaan di negara ini.

Penyediaan bagi kesemua rumah ayam terbabit menelan belanja $4.2 juta dan setiap rumah ayam boleh menempatkan sebanyak 50,000 ekor ayam.

Setelah keempat-empat rumah ayam itu beroperasi sepenuhnya, ia akan dapat menghasilkan sebanyak 72,000 biji telur ayam setiap sehari.

“Ini adalah satu peningkatan pengeluaran yang besar jika dibandingkan dengan pengeluaran sebelumnya apabila kami dapat mengeluarkan sebanyak 18,000 biji telur ayam sahaja sehari. Dengan bertambahnya pengeluaran telur ayam di negara ini, maka besar kemungkinan harga telur ayam di pasaran akan menurun dan meningkatkan ekonomi pelanggan dengan baiknya.”

Syarikat Salasa Asyar Sdn Bhd telah menyiapkan dua daripada empat ladang berperingkat di mana ladang peringkat pertama digunakan untuk menternak anak ayam berumur sehari (DOC) sehingga cukup matang untuk dipindahkan ke ladang peringkat kedua.

Proses ini kebiasaannya boleh mengambil masa tiga hingga keempat minggu sebelum anak-anak ayam tersebut dipindahkan ke ladang peringkat kedua.

Projek ladang berperingkat ini berkonsepkan inovasi terbaru dengan menggunakan teknologi terkini untuk memberi makan dan menternak ayam-ayam yang bertelur, yang mana ladang berkenaan mengandungi pad sistem penyejuk bagi menyejukkan suhu di dalam ladang serta mengimbangkan suhu badan ayam-ayam yang diternak.

Sementara itu, jurucakap Salasa Asyar Sdh Bhd, Dayang Zawiyah, semasa ditemui pada majlis itu pula memberitahu projek ladang ternakan ayam itu bermula pada tahun 2011 dengan disokong oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama.

Menurut beliau, projek peringkat pertama dan kedua telah berjaya disiapkan, manakala peringkat ketiga dan keempat telah siap 50 peratus pembinaannya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa benih telur ayam yang subur diperolehi sama ada diimport atau diambil daripada benih telur ayam tempatan tetapi kebiasaannya, pihak Salasa mengimport benih tersebut bagi memudahkannya diurus memandangkan ia baru dan subur.

Sementara itu, tambah beliau, proses penetasan pula dilaksanakan di MZB Sdn Bhd yang kemudian setelah selesai proses penetasan, anak-anak ayam terbabit dibawa ke ladang ternak Salasa untuk proses seterusnya.

Setakat ini, Salasa Asyar telah menghantar penghasilan mereka ke-52 buah kedai dan pasar raya di negara ini, dengan sasaran utama mereka adalah untuk memenuhi permintaan di negara ini.

Menurut beliau lagi, jumlah penghasilan setiap tahun sejak ia ditubuhkan terus meningkat walaupun projek ladang belum siap sepenuhnya dan untuk mencapai jumlah yang dikehendaki, penempatan ayam untuk peringkat ketiga dan keempat menggunakan ladang sedia ada pada masa ini.

Majlis pelancaran ladang berkenaan turut menyaksikan penyampaian sumbangan derma berjumlah $2,000 daripada Pengarah Operasi, Gilbert Ong Ang Eng kepada Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan, Dato Paduka Haji Mohammad Alimin bin Haji Abdul Wahab.

ARTIKEL YANG SAMA