Penting bacaan bagi kesempurnaan solat

Penting bacaan bagi kesempurnaan solat

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 28 Feb – Kira-kira 100 orang kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria telah menyertai Bengkel Menghalusi Bacaan Solat yang berlangsung di Dewan Bandaran di sini.

Bengkel yang dihadiri Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Haji Ali bin Matyassin itu adalah kesinambungan daripada Bengkel Kesempurnaan Solat yang diadakan beberapa bulan lalu.

Penganjur bengkel, Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Haji Haslan bin Haji Shahbuddin, menjelaskan mengenai beberapa bacaan yang wajib dibaca ketika solat, selain memberikan peluang kepada para peserta membetulkan bacaan terutama bacaan Surah Al-Fatihah, lafaz Takbiratul Ihram, bacaan-bacaan lain serta bimbingan cara-cara penyambungan daripada satu ayat ke satu ayat lain khususnya Surah Al-Fatihah.

Bengkel sehari itu diadakan antara lain bertujuan sebagai wadah ‘pembentukan dan pembangunan Insan Syumul’ kepada kalangan pegawai dan kakitangan jabatan tersebut, dan ia juga adalah untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan ibadah wajib solat yang amat penting dan mesti dititikberatkan oleh seluruh Muslimin dan Muslimat.

Haji Ali turut hadir bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait.
Haji Ali turut hadir bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait.
Haji Haslan ketika menerangkan mengenai menghalusi bacaan dalam solat.
Haji Haslan ketika menerangkan mengenai menghalusi bacaan dalam solat.

ARTIKEL YANG SAMA