Penting kemahiran pengucapan & penampilan

Penting kemahiran pengucapan & penampilan

Oleh Syah N.Y

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Gild Siswazah Universiti Brunei Darussalam, (UBD) baru-baru ini, telah mengadakan ceramah menghadapi temu duga siri ketiga tahun ini, dengan kali ini menumpukan kepada salah satu isu kebangsaan iaitu masalah pengangguran yang semakin menjadi-jadi.

Siri ceramah kali ini, yang juga telah disokong oleh Pejabat Perhubungan dan Kemajuan Alumni (QARA) dan Centre of Networking, Employment & Career Training (CoNect), berlangsung di Dewan Pusat Pelajar UBD dan dihadiri oleh kira-kira 60 mahasiswa-mahasiswa dan alumni UBD.

Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Chris W.H. Woo yang merupakan pensyarah kanan di UBD, mengajar jurusan Komunikasi Profesional dan Media.

Beliau juga merupakan salah seorang peserta akhir pertandingan “Toastmasters International World Championship” dan pemidato peringkat dunia.

Kira-kira 60 siswa dan siswi UBD bergambar ramai bersama Dr.Chris W.H. Woo.
Kira-kira 60 siswa dan siswi UBD bergambar ramai bersama Dr.Chris W.H. Woo.

Siri ceramah ini berobjektif untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kemahiran pengucapan dan keterampilan, di samping diharapkan agar dapat membantu menyediakan dan melengkapkan kemahiran mahasiswa dan UBD alumni.

Siri ceramah yang pertama sebelum ini telah diadakan pada 24 Januari 2015 dengan menumpukan kepada kemahiran yang perlu dimiliki oleh mahasiswa-mahasiswi, manakala itu, siri yang kedua pula telah diadakan pada 21 Mac 2015 dengan memfokuskan kepada bidang keusahawanan.

ARTIKEL YANG SAMA