Pentingkan keselamatan diri – Ahmad Zahid

Pentingkan keselamatan diri – Ahmad Zahid

NEW YORK, 19 Sept – Mereka yang tinggal atau berurusan dalam kawasan seliaan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) perlu mempunyai sikap bahawa mereka juga bertanggungjawab ke atas keselamatan diri mereka sendiri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini bagi memastikan kumpulan ‘kidnap for ransom’ tidak mengambil kesempatan ke atas sebarang kealpaan dari segi sikap berhubung keselamatan, di sebalik pemantauan dan kawalan yang dilakukan pasukan keselamatan.

“Mereka hendaklah mempunyai sikap bahawa keselamatan mereka juga merupakan tanggungjawab mereka sendiri.

“Mereka harus bertanggungjawab juga dalam membantu pihak berkuatkuasa supaya kumpulan ‘kidnap for ransom’ tidak ambil kesempatan daripada perjalanan (pergerakan) mereka,” kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri kepada wartawan Malaysia di sini pada Ahad. – Bernama

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media dengan wartawan Malaysia pada Ahad, ketika mewakili Malaysia pada sesi ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA). - Bernama.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media dengan wartawan Malaysia pada Ahad, ketika mewakili Malaysia pada sesi ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA). – Bernama