Pentingnya pengambilan pemakanan sihat

Pentingnya pengambilan pemakanan sihat

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 2 Mac – Dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan tentang pentingnya pemakanan berkhasiat dan amalan cara hidup yang sihat kepada kalangan pelajar-pelajarnya, Sekolah St James telah mengadakan Hari Pemakanan Sihat, hari ini.

Program yang dikendalikan oleh Jabatan Tadika Sekolah St James itu juga bertujuan untuk menyuntik semangat dalam kalangan pelajar sekolah tersebut untuk sentiasa mengamalkan pengambilan makanan yang sihat selain itu sentiasa menghargainya, kerana setiap pengambilan pemakanan sihat itu memberikan kesan positif bagi kesihatan otak dan tubuh badan mereka.

Selain itu, ia juga sebagai galakan kepada murid-murid tadika untuk sentiasa mengamalkan aktiviti yang boleh menyumbangkan kesihatan tubuh badan serta bagi kecerdasan otak.

Murid-murid Tadika Sekolah St James diperkenalkan kepada pemakanan yang sihat dan berkhasiat sebagai amalan harian mereka.
Murid-murid Tadika Sekolah St James diperkenalkan kepada pemakanan yang sihat dan berkhasiat sebagai amalan harian mereka.

Sepanjang program tersebut, murid-murid tadika sekolah itu juga telah diceriakan lagi dengan beberapa acara termasuk nyanyian, tarian dan pakaian aneka ragam yang membawa imej pemakanan sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya.

Lebih menarik, murid-murid bukan sahaja berpeluang menyaksikan demonstrasi membuat jus buah-buahan malah mencubanya sendiri, yang antara lain bertujuan untuk memberikan mereka pengetahuan khasiat jus buah-buahan dan sebagainya.

Hari Pemakanan Sihat juga diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 tahun 2016 dengan tema ‘Pemakanan Sihat.’

ARTIKEL YANG SAMA