Pentingnya perancangan kewangan

Pentingnya perancangan kewangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Dalam matlamatnya untuk mempromosi kepentingan perancangan kewangan, Unit Perbankan Pekerja Bank Standard Chartered (SCB), hari ini, mengadakan satu sesi taklimat mengenai perancangan kewangan kepada ahli-ahli Majlis Perniagaan Wanita di premis bank tersebut di Gadong.

Mengalu-alukan kedatangan kumpulan yang diketuai oleh Presiden Majlis Perniagaan Wanita, Datin Paduka Hajah Rokiah binti Haji Zakiah itu ialah Ketua Perolehan Pelanggan, Awang Irfan bin Haji Abdul Latif yang juga menyampaikan pengenalan mengenai SCB.

Menurut kenyataan SCB di sini, tujuan taklimat perancangan kewangan ini ialah untuk menyediakan lebih banyak gambaran mengenai pentingnya literasi kewangan dan perancangan ke arah mencapai setiap matlamat kewangan peribadi.

Pada taklimat tersebut, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Fergus Lim menyentuh mengenai topik ‘Kewangan Mudah’ sementara Penasihat Pelaburan, Quan Lim mengongsikan mengenai penyelesaian pelaburan berterusan terkini, Smart Saver Pelan.

Sesi bergambar ramai setelah berakhirnya taklimat tersebut.
Sesi bergambar ramai setelah berakhirnya taklimat tersebut.

Melalui pelan ini, para pelanggan yang berhasrat untuk melanggan mempunyai peluang untuk mengembangkan kekayaan mereka dengan hanya serendah $100 sebulan yang akan dilaburkan ke dalam Unit Amanah yang mereka pilih. Para pelanggan hanya perlu untuk membayar yuran setup satu kali dengan tiada caj tambahan berikutnya.

Taklimat kewangan itu diakhiri dengan sesi soal jawab dan juga sesi ‘networking’ di mana ahli-ahli Majlis Perniagaan Wanita mendapat peluang untuk berjumpa dan berunding dengan pengurus-pengurus perhubungan dari SCB.

ARTIKEL YANG SAMA