Pentingnya sosioekonomi ahli

Pentingnya sosioekonomi ahli

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Koperasi Pusat Al-Islah Biro Kawalan Narkotik (KOPAI), baru-baru ini, telah mengadakan majlis makan malam dan penyampaian dividen saham dan bonus belian kepada ahli-ahlinya di Restoran Aneka Rasa, Kiulap.

Majlis berkenaan merupakan susulan kepada Mesyuarat Agung KOPAI Pertama yang berlangsung di Pusat Al-Islah setelah penubuhannya pada 3 Oktober 2012.

Ia antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim dan menjadi platform interaksi dan perbincangan kemajuan koperasi dalam kalangan ahli yang menghadiri majlis itu.

Mesyuarat berkenaan telah dihadiri oleh Pengerusi KOPAI Berhad, Haji Mohd Jaffari bin Haji Mahadi selaku tetamu kehormat.

Menurut kenyataan KOPAI, penubuhannya bertujuan untuk memajukan kepentingan sosioekonomi ahli menurut prinsip koperasi seperti keanggotaan sukarela dan dibukakan kepada semua pegawai dan kakitangan Pusat Al-Islah bermula pada Januari 2013.

Mesyuarat Agung KOPAI Pertama yang dipengerusikan Pengerusi KOPAI Berhad.
Mesyuarat Agung KOPAI Pertama yang dipengerusikan Pengerusi KOPAI Berhad.

Antara aktivitinya termasuk perniagaan kantin (perkhidmatan sajian dan katering) kedai runcit, cucian kereta, pertanian dan ternakan serta bas sewa dan pinjaman.

Melalui koperasi ini juga, ia dihasratkan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada residen nanti, sekali gus memberikan kemahiran dalam dunia perniagaan kepada mereka untuk berdikari di luar nanti setelah menjalani rawatan dan pemulihan.

ARTIKEL YANG SAMA