Penuhi keperluan tenaga elektrik menjelang 2030

Penuhi keperluan tenaga elektrik menjelang 2030

YANGON, Myanmar, 19 Julai – Myanmar berusaha menjadikan bekalan tenaga elektrik diperoleh di seluruh negara menjelang tahun 2030, lapor media rasmi semalam.

Negara tersebut sudah pun meningkatkan bekalan tenaga elektrik dari 1,400 megawatt kepada sejumlah 4,800 megawatt, kenaikan sebanyak 3,413 megawatt sepanjang tempoh lima tahun lepas, kata akhbar Global New Light of Myanmar.

Sementara itu, pihak berkuasa bekalan elektrik juga merancang membina lebih banyak grid tenaga dan sub-stesen demi memastikan lebih 90 peratus isi rumah di Negeri Kayah akan menikmati akses bekalan elektrik menjelang akhir tahun fiskal ini.

Menurut statistik rasmi, Myanmar meraih 72 peratus bekalan elektrik daripada tenaga hidro, 24 peratus gas cecair asli dan 4 peratus dari loji arang batu. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA