Penulis China dibebaskan

Penulis China dibebaskan

BEIJING, 27 Mac (Reuters) – Seorang penulis ruangan China yang terkenal telah dibebaskan selepas ditahan pada awal bulan ini, kemungkinan berkaitan dengan surat online yang mengkritik Presiden China Xi Jinping, kata peguamnya hari ini.

Jia Jia, yang menulis dalam ruangan tetap untuk Tencent Online, hilang pada 15 Mac, sekitar masa beliau dijadualkan menaiki kapal terbang dari Beijing ke Hong Kong.

Peguamnya, Yan Xin, memberitahu Reuters sebelumnya polis telah menahan Jia di lapangan terbang Beijing. Jia telah mengingatkan bekas rakan sekerja mengenai risiko menerbit smeula sepucuk surat terbuka meminta Xi meletak jawatan.

Yan berkata hari ini “adalah tidak sesuai” untuk mengulas lanjut mengenai sebab-sebab sebenar penahanan Jia. Beliau enggan mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan surat berkenaan.

“Beliau telah dibebaskan dan telah pulang,” kata Yan. Yan berkata Jia tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

Yan memberitahu Reuters sebelumnya bahawa Jia berkata beliau tidak menulis surat yang mengkritik Xi, tetapi meluahkan kebimbangan bahawa sesuatu mungkin berlaku kepadanya disebabkan amaran beliau kepada rakan sekerja mengenainya.

ARTIKEL YANG SAMA