Penulis tempatan dihargai

Penulis tempatan dihargai

Oleh Mohamad Asyramsyanie

Gambar oleh Siti Hajar

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Dis – Penulis tempatan, Haji Abdul Aziz bin Tuah lebih dikenali dengan nama penanya JaBIT selamat pulang ke tanah air, hari ini, setelah menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara di Thailand, baru-baru ini.

Hadir mengalu-alukan kepulangan Haji Abdul Aziz di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Ketua Bahagian Sastera, Majalah dan Jurnal, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, ahli keluarga serta pegawai-pegawai dari DBP.

Semasa ditemui, Haji Abdul Aziz berkesempatan untuk menasihatkan para penulis tempatan supaya lebih proaktif mengasah bakat masing-masing kerana pengiktirafan seperti ini bukan sahaja merangsang minatnya malah boleh menjadi pendorong kepada penulis lain untuk turut berjaya.

Haji Abdul Aziz bersama anugerah beliau sekembalinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Haji Abdul Aziz bersama anugerah beliau sekembalinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Anugerah ini, katanya, menjadi paras perbandingan yang bukan calang-calang kerana ia merupakan pengiktirafan yang boleh diperbesarkan secara komersial di negara ini mengikut calak Brunei Darussalam.

Beliau turut menyatakan harapan supaya penulisan akan menjadi industri yang lebih besar dan perlu melihat bakat muda serta generasi akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA