Penulis Tibet dibebaskan selepas 10 tahun dipenjara

Penulis Tibet dibebaskan selepas 10 tahun dipenjara

BEIJING, 14 Okt – Seorang pengarang Tibet yang dipenjara oleh China kerana menulis sebuah buku tentang rantau Himalaya itu telah dibebaskan selepas sedekad dalam penjara, menurut kumpulan hak asasi kemanusiaan di Amerika Syarikat (AS).

Dolma Kyab, 39, dibebaskan minggu lepas selepas disabit bersalah sedekad yang lalu atas kesalahan ‘membahayakan keselamatan negeri’, menurut Pengempen Antarabangsa bagi Tibet lewat kelmarin.

Perbicaraan Kyab dijalankan secara rahsia di bandar Lhasa Tibet dan hanya terdedah selepas satu surat yang ditulisnya semasa dia dipenjarakan telah diseludup keluar dari penjara beberapa bulan selepas pemenjaraannya pada 2005.

Menurut salinan surat yang dilihat oleh hak asasi kemanusiaan pada masa itu, Kyab mengatakan dia telah dipenjarakan kerana idea yang dinyatakannya dalam bukunya ‘The Restless Himalayas’ yang belum disiarkannya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA