Penumpang AirAsia meningkat 86 peratus

Penumpang AirAsia meningkat 86 peratus

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) – Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd, mencatatkan peningkatan dalam jumlah muatan kepada 86 peratus pada suku pertama tahun ini, naik 9.0 mata peratusan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Jumlah penumpang meningkat 17 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 13.9 juta, melebihi kenaikan 6.0 peratus dalam kapasiti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada akhir suku tahun dalam kajian, AirAsia berkata kumpulan pesawat syarikat berjumlah 171 pesawat termasuk sebuah pesawat yang diserahkan kepada AirAsia Japan yang belum memulakan operasi.

Bagi Malaysia, AirAsia mencatatkan jumlah muatan sebanyak 85 peratus pada suku pertama, naik 10 mata peratusan berbanding tahun sebelumnya.

Penumpang yang menaiki penerbangan AirAsia menunjukkan peningkatan 86 peratus pada suku pertama tahun ini. – AFP
Penumpang yang menaiki penerbangan AirAsia menunjukkan peningkatan 86 peratus pada suku pertama tahun ini. – AFP

“Permintaan melebihi kapasiti dengan kenaikan 17 peratus dalam jumlah penumpang yang dibawa kepada 6.48 juta dan peningkatan 3.0 peratus bagi perbandingan tahun ke tahun dalam kapasiti,” katanya.

Lima laluan baharu beroperasi semasa suku tahun itu ialah Kuala Lumpur – Shantou; Kota Kinabalu – Wuhan; Pulau Pinang – Ho Chi Minh City dan Yangon; dan Langkawi – Guangzhou.

Kekerapan ditambah bagi empat laluan iaitu Kuala Lumpur – Alor Setar, Colombo dan Pulau Pinang; Kota Kinabalu – Miri.

ARTIKEL YANG SAMA