Penumpang ancam kru, pesawat mendarat cemas

Penumpang ancam kru, pesawat mendarat cemas

TUCSON, Arizona, 23 Jun (AP) – Penerbangan Compass Airlines menuju ke Los Angeles terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Tucson selepas seorang penumpang membuat ancaman kepada krew penerbangan, kata pihak berkuasa.

Pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tucson pada petang Rabu dan disambut sekumpulan pegawai penguat kuasa undang-undang termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Pengawal Sempadan AS dan polis lapangan terbang.

Pegawai Lapangan Terbang Tucson, berkata seorang penumpang lelaki dibawa keluar dari pesawat dan ditahan.

The Arizona Daily Star melaporkan lelaki itu sukar dikawal sepanjang penerbangan itu dan tidak mahu duduk. Terdapat 80 penumpang dalam penerbangan yang asalnya berlepas dari San Antonio, Texas.

Mereka kemudian dibawa keluar dari pesawat, disaring semula dan kemudian dibenarkan untuk menaiki semula pesawat dan terus ke Los Angeles.

ARTIKEL YANG SAMA