Penumpang cedera akibat gelora udara

Penumpang cedera akibat gelora udara

CALGARY, 31 Dis (Reuters) – Gelora di udara telah mengakibatkan beberapa penumpang pesawat Air Canada yang dalam penerbangan dari China, mengalami pelbagai kecederaan kelmarin, dan memaksanya untuk melakukan pendaratan di Calgary, Alberta, menurut penerbangan itu.

Seramai 21 penumpang telah dibawa ke hospital – lapan daripadanya mengalami kecederaan ringan sementara 13 lagi ditempatkan dalam pemerhatian doktor, katanya dalam satu kenyataan.

Pesawat Air Canada 88 berlepas dari Shanghai dan menuju ke Toronto, membawa seramai 332 penumpang dan 19 kru.

Penerbangan itu mengatakan ia akan membuat penyusunan untuk menempatkan para penumpang lain, termasuk mereka yang ingin terus menuju ke Toronto, dan insiden itu masih lagi disiasat.

Tidak ada petunjuk yang menandakan apa punca gelora udara itu.