Penumpang cedera dalam kemalangan sendiri

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 26 April – Seorang penumpang cedera dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta yang dipandu oleh lelaki warga asing berusia 36 tahun, malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku di kawasan Lebuh Raya Telisai-Lumut itu, mangsa yang merupakan penumpang belakang kereta berkenaan mengalami luka di bahagian kepala, mengalami patah tulang rusuk sebelah kiri, paha kanan dan di bahagian kaki kirinya, menurut polis.

Kejadian itu juga telah mengakibatkan kerosakan harta benda kerajaan melibatkan besi penghadang jalan.

Kejadian telah dilaporkan di Balai Polis Sungai Liang di sini, kira-kira pukul 7:40 malam tadi, sementara itu, punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Keadaan kereta berkenaan selepas kemalangan tersebut.
Keadaan kereta berkenaan selepas kemalangan tersebut.