Penumpang cedera dalam kemalangan

Penumpang cedera dalam kemalangan

TEMBURONG, 1 Feb – Seorang penumpang dikejarkan ke Rumah Sakit Pengiran Isteri Hajah Mariam (PIHM) Temburong bagi mendapatkan rawatan lanjut apabila van yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya yang turut melibatkan sebuah kereta lain di kawasan Jambatan Sungai Batu Apoi Jalan Labu, di sini, petang tadi.

Kemalangan melibatkan sebuah van dipandu oleh seorang lelaki menghala ke Jalan Bangar yang tiba-tiba merempuh bahagian belakang sebuah kereta pacuan empat roda dipandu oleh seorang perempuan yang cuba membelok ke sebelah kanan jalan.

Pihak polis yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan lalu lintas.

Walau bagaimanapun punca kemalangan masih dalam siasatan dan pihak polis meminta semua pengguna jalan raya supaya memandu lebih berhati hati terutama dalam musim cuaca kering atau berdebu ini. – Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

Keadaan sebuah van yang terlibat dalam kemalangan di kawasan Jalan Labu.
Keadaan sebuah van yang terlibat dalam kemalangan di kawasan Jalan Labu.

ARTIKEL YANG SAMA