Penunggang basikal maut diserang beruang

Penunggang basikal maut diserang beruang

HELENA, Mont (AP) – Beruang berwarna coklat menyerang dan membunuh seorang penunggang basikal berusia 38 tahun semalam ketika dia menunggang di sepanjang denai berhampiran Taman Negara Glacier, menurut pihak berkuasa Montana.

Brad Treat dan seorang lagi penunggang berada di kawasan Tasik Halfmoon, Hutan Negara Flathead apabila mereka jelas telah mengejutkan beruang itu, menurut Syerif Wilayah Flathead Chuck Curry.

Beruang itu menyebabkan Treat terjatuh dari basikal, dan penunggang kedua meninggalkan kawasan itu untuk mendapatkan bantuan, menurut Curry.

Pihak berkuasa menemukan mayat Treat di tempat kejadian, tetapi tidak beruang itu. Para pegawai hidupan liar dan penguat kuasa undang-undang sedang mencari beruang coklat itu petang semalam.

Treat adalah seorang pegawai penguat kuasa undang-undang Perkhidmatan Hutan AS.

“Brad adalah seorang anggota penting pasukan penguat kuasa undang kawasan kami dan rakan kepada kami semua,” kata Curry lagi.

ARTIKEL YANG SAMA