Penunggang maut

Penunggang maut

Oleh Hajah Saemah Kepli

SERIA, 17 Feb – Seorang penunggang motosikal warga tempatan maut dalam kejadian kemalangan sendiri yang berlaku di kawasan Jalan Anduki di sini, petang tadi.

Mangsa, lelaki berusia 25, telah disahkan meninggalkan dunia sebaik sampai di Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait, di sini.

Pasukan Polis Diraja Brunei melaporkan, Balai Polis Seria telah menerima panggilan tentang kejadian itu kira-kira pukul 1:44 petang, yang berlaku berdekatan Perindustrian Sungai Bera Anduki, Seria.

Menurut polis, punca kemalangan dan kematian masih dalam siasatan.

ARTIKEL YANG SAMA