Penunggang motosikal maut dilanggar lori

Penunggang motosikal maut dilanggar lori

SIBU, 6 Mei (Bernama) – Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar lori membawa batu-bata di Km 25 Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pagi tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira 10.35 pagi apabila Jalin Manja,55, sedang menunggang dari arah Bandar Baru Sibu Jaya menghala pusat bandar untuk pulang ke rumah panjang Rumah Masam di Km 32, Jalan Oya.

Lori itu dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju Sibu Jaya.

Jurucakap polis berkata mangsa dikatakan mahu membelok ke Jalan Oya apabiladilanggar dan diheret sejauh 45 meter yang menyebabkan motosikal dan mangsa yang terperosok di bawah lori terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Mutalib Ja’afar berkata pihaknya membantu mengeluarkan mangsa dari bawah lori.