Penunggang motosikal maut dirempuh Hilux

Penunggang motosikal maut dirempuh Hilux

KUCHING, 29 Julai (Bernama) – Seorang menunggang maut setelah motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pikap Toyota Hilux di persimpangan Batu 11 Jalan Kuching-Serian dekat sini, hari ini. Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada 1.30 tengah hari itu, Sylvester Giman, 24 tahun, meninggal dunia di tempat kemalangan akibat kecederaan parah di kepala.

Ketika kejadian sebuah lagi motosikal yang turut melanggar bahagian belakang pikap berkenaan, menyebabkan penunggangnya cedera ringan, katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat.