Penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan

Penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Seorang penunggang motosikal kerajaan mengalami kecederaan apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta salon di kawasan depan Masjid Kampung Kilanas, malam tadi.

Berikutan kejadian kira-kira pukul 9:21 malam itu, lelaki tempatan berusia 32 tahun tersebut masih dirawat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Sementara itu, pemandu kereta salon yang merupakan warga asing tidak mengalami kecederaan namun dua orang penumpangnya yang masing-masing berusia 10 dan 14 tahun mengalami kecederaan ringan di bahagian muka, menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei.

Kejadian yang juga merosakkan dua keping penghadang besi keselamatan berkenaan masih lagi dalam siasatan pihak polis.

ARTIKEL YANG SAMA