Penunjuk perasaan anti-Trump berhimpun di New York

Penunjuk perasaan anti-Trump berhimpun di New York

NEW YORK, 20 Mac (AFP) – Beratus-ratus orang berhimpun membantah Donald Trump di New York dan menyekat jalan raya besar di Arizona semalam dalam cubaan terbaru oleh para penentang untuk mengganggu kempen calon utama Rumah Putih Republikan AS.

Beberapa orang telah diberkas, menurut polis dan saksi-saksi, tetapi tidak ada keganasan dilaporkan. Ditengah kehadiran polis yang banyak, para pembantah membawa sepanduk yang membawa perkataan “Deport Trump”(Usir Trump) dan “Build a wall around Trump” (Bina tembok sekeliling Trump). Juga dilihat berada di kalangan orang ramai ialah sepanduk yang membawa perkataan “Don’t let bigotry Trump our constitution” (Jangan biarkan ketaksuban melebihi perlembagaan kita’ dan “Will trade 1 Donald Trump for 25,000 refugees” (Akan dagangan 1 Donald Trump bagi 25,000 orang Pelarian).

Seorang diberkas di kawasan terkenal di bandar itu, Fifth Avenue ketika pertengkaran sekejap yang segera dikawal polis. Tunjuk perasaan diadakan oleh sekumpulan yang digelar Cosmopolitan Antifascists, dengan yang lain menyertai masuk.

Penunjuk perasaan yang membantah calon presiden Republikan AS, Donald Trump, berada di luar bangunan Trump Tower di Manhattan, New York. - Reuters
Penunjuk perasaan yang membantah calon presiden Republikan AS, Donald Trump, berada di luar bangunan Trump Tower di Manhattan, New York. – Reuters

Penduduk biasa New York yang muncul bagi bantahan itu, bimbang dengan status Trump sebagai orang yang jelas disebut-sebut akan memenangi pencalonan parti Republikan sebelum pilihan raya presiden pada bulan November.

Trump adalah ‘seorang yang bersikap perkauman’, dia seorang seksis yang membantah rendah pada wanita, seorang yang berprasangka, dia berprasangka pada Islam, xenofobia yang gerun orang asing, dia seorang fasis. Itu memberi implikasi serius bgi masa depan Amerika,” Patrick Waldo memberitahu AFP.