Penunjuk perasaan Vietnam kutuk China

Penunjuk perasaan Vietnam kutuk China

HANOI, 14 Mac – Para penunjuk perasaan berarak di bandar Vietnam hari ini untuk memperingati tahun ke-28 pertempuran laut berdarah dengan China dan untuk menyelar ketegasan meningkat Beijing di perairan yang begitu hangat dipertikaikan iaitu Laut China Selatan.

Kira-kira 150 orang yang memakai pengikat kepala dan membawa sepanduk besar mengelilingi jalan raya sibuk sekitar tasik Hoan Kiem, Hanoi dengan melaungkan “down to invasive China”. Mereka meletakkan kalungan bunga untuk 64 orang kelasi Vietnam yang terkorban dalam pertempuran 1988 dengan pasukan tentera China di Kepulauan Spartly.

Bantahan itu kecil, tetapi bermakna memandangkan sejarah Vietnam yang mencegah atau meleraikan tunjuk perasaan. Ketika sentimen anti China kuat dikalangan orang awam, ia adalah isu sensitif bagi parti memerintah, Parti Komunis.

Pembantah Anti-China, Le Hoang (tengah) menjerit slogan bantahan mereka dengan memegang sepanduk bersama penunjuk perasaan anti-China yang lain semasa perhimpunan ulang tahun ke-28 pertempuran Kepulauan Spratly antara Vietnam dan China, di sebuah jalan di Hanoi kelmarin. – Reuters
Pembantah Anti-China, Le Hoang (tengah) menjerit slogan bantahan mereka dengan memegang sepanduk bersama penunjuk perasaan anti-China yang lain semasa perhimpunan ulang tahun ke-28 pertempuran Kepulauan Spratly antara Vietnam dan China, di sebuah jalan di Hanoi kelmarin. – Reuters

Pihak polis tidak cuba untuk menghentikan bantahan selama 90 minit, yang lebih besar dari bantahan tahun lalu, yang termasuklah bantahan sebelum lawatan Presiden China Xi Jinping ke Hanoi pada bulan November.

Perhimpunan itu diadakan di tengah ketegangan, amalan menempah bahaya dan curahan diplomasi besar dalam memberi respons kepada apa saja dari penerbangan China dan pengerahan sistem peluru berpandu ke AS, rondaan ‘kebebasan pengemudian’ dan perjanjian pertahanan Jepun dengan Filipina.

ARTIKEL YANG SAMA