Penunjuk perasan Sepanyol tuntut pembebasan Otegi

Penunjuk perasan Sepanyol tuntut pembebasan Otegi

SAN SEBASTIAN, Sepanyol, 18 Okt – Beribu-ribu orang membanjiri jalan raya San Sebastian di utara Sepanyol semalam untuk menuntut pembebasan Arnaldo Otegi, ketua parti kemerdekaan Basque Sortu.

Otegi, 57, adalah bekas anggota kumpulan pemisah bersenjata ETA, yang bertanggungjawab atas lebih 800 pembunuhan dalam kempen empat dekad untuk menubuhkan sebuah tanah air Basque di utara Sepanyol dan barat daya Perancis.

Lebih 10,000 penunjuk perasaan berarak di sebalik sepanduk dalam bahasa Basque yang berbunyi, “Bebaskan Arnaldo dan Rafa,” merujuk kepada Rafa Diez, ketua kesatuan perniagaan pro-kemerdekaan Basque LAB, menurut seorang jurugambar AFP di tempat kejadian.

Mereka menjerit laungan pro-kemerdekaan dan mengibar bendera Basque dan rantau Navarre di utara Sepanyol, menunjuk perasaan dengan aman selama satu jam di jalan raya utama di bandar.

Perarakan semasa demonstrasi yang dipanggil sebagai ‘Arnaldo Askatu’ menuntut pembebasan Otegi dan Rafa Diez dari penjara di bandar Basque , San Sebastian pada sabtu lalu. - AFP
Perarakan semasa demonstrasi yang dipanggil sebagai ‘Arnaldo Askatu’ menuntut pembebasan Otegi dan Rafa Diez dari penjara di bandar Basque , San Sebastian pada sabtu lalu. – AFP

Berarak bersama anggota kanan “izquierda abertzale” – istilah yang digunakan untuk parti Basque berhaluan nasionalis dan sayap kiri yang merupakan pemimpin parti radikal kiri Podemos, dan parti pemisah Catalan ERC.

Otegi dipenjarakan selama enam tahun pada 2009 kerana cuba memperbaharui Batasuna, parti pemisah yang diharamkan pada 2003, yang dianggap cawangan politik ETA.

Beliau dijangka dibebaskan pada April 2016, dan dinamakan ketua Sortu, yang diharamkan untuk masa yang singkat kerana hubungannya dengan Batasuna, ketika berada dalam penjara.

Dari akhir tahun 1990, beliau telah melakukan keganasan dan meminta maaf kepada mangsa ETA dalam sebuah buku pada 2012. ETA mengumumkan pada 2011 bahawa ia telah meninggalkan perjuangan bersenjatanya. Kira-kira 600 daripada anggotanya dipenjarakan di Sepanyol dan kira-kira 100 lagi dipenjarakan di Perancis. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA