Penuntut IGS kenali budaya kopi

Penuntut IGS kenali budaya kopi

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Sebagai sebahagian daripada projek mereka, sekumpulan mahasiswa tahun akhir Kolej International Graduate Studies (IGS) telah menganjurkan acara Sesi Kopi dengan kerjasama Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) yang berlangsung di CBTL, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, hari ini.

Kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai Great Seven itu terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan bagi modul ‘Event Management’ di Kolej IGS.

Acara berkenaan terhad kepada 30 orang peserta sahaja dengan bayaran penyertaan sebanyak $30.

Sesi berkenaan telah dimulakan dengan penerangan mengenai budaya kopi dan belajar bagaimana untuk membuat kopi, yang telah dijelaskan oleh Pengurus Latihan CBTL, Awang Mohd Fairuz bin Ibrahim.

Awang Mohd Fairuz ketika menerangkan kepada para peserta bagaimana membuat kopi.
Awang Mohd Fairuz ketika menerangkan kepada para peserta bagaimana membuat kopi.

Acara diteruskan dengan pertandingan antara peserta yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Latte Art dan Kategori Best Coffee, yang mana pemenang bagi setiap kategori telah memenangi $100 berserta piala. Bagi Kategori Latte Art, pertandingan telah dimenangi oleh Dayang Azeemah binti Darulehsan, manakala Kategori Best Coffee dimenangi oleh Awang Mohd Atfan bin Haji Abdul Halim.

Ketua Pentadbiran Great Seven, Dayang Ummi Kalthum binti Awang Razali dalam temu bual bersama Media Permata berkata, sekarang ini, kebanyakan orang semakin gemar akan kopi.

“Bagi kami, ini adalah sesuatu yang unik kerana kebiasaannya orang pada masa ini membuat acara yang selalu didengari seperti membuat acara pertandingan sukan ragbi, Frisbee dan sebagainya.”

ARTIKEL YANG SAMA