Penuntut ITB buat latihan di Florida

Penuntut ITB buat latihan di Florida

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mac – Empat orang penuntut dari Fakulti Kejuruteraan ITB pada masa ini berada di Florida, Amerika Syarikat bagi menjalani program penempatan bersama Piper Aircraft, Inc. (Piper) di bawah ITB Experience Plus.

Empat penuntut terbabit merupakan penuntut Tahun 3 yang mencatatkan rekod akademik cemerlang dan melalui proses pemilihan oleh ITB dan Piper yang akan menjalani latihan sehingga 31 Julai 2016.

Penuntut terbabit ialah Awang Muhammad Anas bin Haji Bini, Awang Mohammad Aerif bin Shari, Dayang Nur Nabilah binti Haji Julaihi dan Tan Yee Moi.

Mereka terpilih merupakan kohort ketiga selepas ITB dan Piper Aircraft Inc, sebuah syarikat penerbangan global yang berpangkalan di Vero Beach, Florida menandatangani perjanjian (MoU) pada 2013 untuk penempatan industri.

Penuntut ITB di hadapan Syarikat Piper Aircraft Inc, Florida.
Penuntut ITB di hadapan Syarikat Piper Aircraft Inc, Florida.

Dalam penempatan industri itu, penuntut akan diberikan pendedahan mengenai bidang penyeliaan kejuruteraan, selain meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka.

Selain itu, mereka juga akan didedahkan cara pengilangan, teknik menghasilkan pesawat, proses pentadbiran dan merangka draf perkakasan aeroangkasa.

Dan bulan terakhir, penuntut akan bersedia membuat rekaan pesawat menggunakan draf manual dan cara CAD selain bertugas dalam pasukan teknikal.

ARTIKEL YANG SAMA