Penuntut Maktab Duli lawat Stesen Tenaga Bukit Panggal

Penuntut Maktab Duli lawat Stesen Tenaga Bukit Panggal

Oleh Pg Hajah Nazhatul Shima binti Pg Haji Tajuddin

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Ogos – Bagi mendalami mata pelajaran Pengurusan Mapan Perbekalan Tenaga, 11 orang penuntut Tingkatan Enam Atas dari Kelas Geografi Set U5.2 dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah Gadong telah mengadakan lawatan ke Stesen Tenaga Bukit Panggal, baru-baru ini.

Lawatan yang mengetengahkan tentang penggunaan elektrik untuk generasi masa depan dan persiapan Peperiksaan A Level November ini diketuai oleh Awang Muhammad Nor Asri bin Hitam.

Dalam lawatan tersebut, para penuntut diberikan taklimat oleh pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Elektrik tentang operasi elektrikal loji jana kuasa dan cara pengendaliannya yang melibatkan aspek keselamatan, kesihatan dan juga alam sekitar.

Gambar ramai pelajar Maktab Duli bersama pegawai Stesen Tenaga Bukit Panggal.
Gambar ramai pelajar Maktab Duli bersama pegawai Stesen Tenaga Bukit Panggal.

Para penuntut juga didedahkan tentang Stesen Bukit Panggal yang merupakan tempat terkawal dan pengambilan gambar di kawasan sekitar adalah dilarang.

Sejurus taklimat selesai, para penuntut dibawa melawat kawasan sekeliling dan bilik pengendali kuasa elektrik.

Pada akhir lawatan, Awang Muhammad Nor Asri menerima sijil penghargaan daripada pegawai Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

ARTIKEL YANG SAMA