Penuntut Sultan’s Scholar diraikan

Penuntut Sultan’s Scholar diraikan

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept – Seramai 14 orang penuntut Skim Biasiswa Sultan’s Scholar yang baru selesai mengikuti Program Perkembangan bagi Penuntut Biasiswa Sultan’s Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah menghadiri Majlis Ramah Mesra yang diadakan di Restoran Tarindak D’Seni, Jalan Subok, pagi tadi.

Hadir di majlis itu ialah Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Sultan’s Scholar, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan.

Turut hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Pandu dan Jawatankuasa Kerja Skim Biasiswa Sultan’s Scholar serta pegawai-pegawai kanan Yayasan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat kemudian diikuti dengan ucapan daripada wakil pelajar, Dayang Nurul Hani binti Haji Mohd Tahir.

Majlis itu juga telah memperdengarkan taklimat daripada empat orang penuntut Sultan’s Scholar yang telah mengikuti Program Perkembangan berkenaan.

Hadir di Majlis Ramah Mesra itu ialah Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Sultan’s Scholar, Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi.
Hadir di Majlis Ramah Mesra itu ialah Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Sultan’s Scholar, Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi.
Salah seorang penuntut yang telah mengikuti Program Perkembangan bagi Penuntut Biasiswa Sultan’s Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan taklimat di majlis berkenaan.
Salah seorang penuntut yang telah mengikuti Program Perkembangan bagi Penuntut Biasiswa Sultan’s Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan taklimat di majlis berkenaan.

Program itu dibahagikan kepada sub-program yang akan diikuti oleh beberapa orang graduan Sultan’s Scholar seperti Program Pra Perlepasan, Program Kepimpinan dan Pembangunan Pasukan serta Program Penempatan.

Penganjuran program ini antara lain bertujuan untuk melengkapkan para graduan Sultan’s Scholar dengan pengetahuan dan pengalaman supaya mereka menjadi individu cemerlang sebagai generasi penerus dan pelapis tampuk pemimpin yang akan menerajui Negara Brunei Darussalam dengan mengekalkan cara hidup keBruneian mengikut Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB).

Program Kepimpinan dan Pembangunan Pasukan yang disertai 14 orang penuntut tersebut telah diadakan selama tiga hari di Trandie Marina Resort Sdn Bhd, Temburong, pada 4 hingga 6 Ogos yang lalu.

Sementara itu pula, sembilan orang penuntut lain akan meneruskan program dengan mengikuti Kursus Dasar Awam dan Pengurusan selama tiga hari di Kolej Perkhidmatan Awam Singapura pada 11 hingga 13 Ogos lalu.

Bermula 2013, Yayasan telah memperluaskan Skim Biasiswa Sultan’s Scholar dengan memperkenalkan skim meninggi tahap pengajian ke peringkat Doktor Falsafah, yang mana, sehingga kini, tiga orang penerima biasiswa telah disokong untuk mengikutinya.