Penurunan harga minyak, LHDN ubah strategi dalaman

Penurunan harga minyak, LHDN ubah strategi dalaman

KOTA KINABALU, 13 Okt – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bersedia menukar strategi dalamannya untuk mengatasi sebarang kemungkinan, termasuk penurunan hasil cukai korporat dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Kejatuhan harga minyak daripada US$100 kepada US$49 setong boleh memberi kesan kepada kadar cukai di seluruh dunia, dan untuk memastikan pembangunan negara berjalan lancar, kutipan cukai perlu diselaraskan dengan program pembangunan, kata Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar

LHDN mengutip cukai sebanyak RM133.69 bilion pada tahun lepas berbanding RM129.91 bilion pada 2013, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mengenai kepimpinan dan pengurusan di Universiti Malaysia Sabah di sini hari ini. – Bernama