Penurunan penarafan kerajaan dijangka tinggi pada 2016

Penurunan penarafan kerajaan dijangka tinggi pada 2016

SINGAPURA, 7 Jan – Penurunan penarafan kerajaan mungkin mengatasi peningkatan pada 2016, kata Standard & Poor Ratings Services (S&P) dalam laporan, ‘Global Trend Sovereign Rating 2016’.

Antara 131 kerajaan yang dinilai di peringkat global, 25 mempunyai unjuran negatif manakala lapan lagi positif pada 31 Dis 2015, dengan nisbah tiga kepada satu.

“Unjuran kesimbangan positif kepada negatif, menurun kepada -17 daripada paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun berbanding -4 pada Jun 2015,” kata Ketua Pegawai Penilaian Bagi Penarafan Kerajaan S&P Moritz Kraemer hari ini.

“Ini merupakan perubahan paling negatif dalam tempoh enam bulan dalam unjuran keseimbangan sejak Disember 2008.”

Pada Disember 2015, S&P meletakkan unjuran penarafan Malaysia kekal pada A- dan stabil, walaupun berlaku berapa perkembangan dalam negara dan global.

Perkembangan sepanjang tahun lalu, daripada kontroversi dana negara 1Malaysia Development Fund (1MDB), peralihan dasar China dan harga minyak tidak menjejaskan prospek ekonomi dan kunci kira-kira fiskal Malaysia, kata Pengarah Kanan Penarafan Kewangan Awam Kerajaan dan Antarabangsa, Kim Eng Tan dipetik sebagai berkata.

“Risiko utama ialah risiko politik, namun keadaan itu juga telah menjadi sederhana,” kata Kim dan menambah, unjuran pertumbuhan kekal teguh dengan agensi penarafan kerajaan dijangkakan lebih daripada 4.0 peratus tahun ini dan tahun depan. – Bernama