Penutup Puasa Enam di bulan Syawal KUPU SB

Penutup Puasa Enam di bulan Syawal KUPU SB

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) baru-baru ini telah menganjurkan Majlis Penutup Puasa Sunat Enam di Bulan Syawal Satu Warga KUPU SB yang berlangsung di dewan serba guna kolej berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ra’es KUPU SB, Dr Hajah Masnon binti Haji Ibrahim.

Majlis itu telah dihadiri oleh lebih kurang 250 peserta termasuk para pensyarah, pegawai dan kakitangan serta pelajar-pelajar KUPU SB.

Acara telah dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna yang dipimpin oleh Awang Jalaluddin Jamil bin Mohd Khusairi Azam dan diikuti dengan Surah Al-Fatihah pimpinan Pemangku Timbalan Ra’es, Dr. Haji Abang Hazmin bin Abang Haji Taha.

Majlis diteruskan dengan Khatam Al-Quran seterusnya bacaan Takhtim dan doa serta bersungkai.

Raes KUPU SB, Dr. Hajah Masnon semasa hadir di majlis itu.
Raes KUPU SB, Dr. Hajah Masnon semasa hadir di majlis itu.

pg09_150811_d

Majlis tahunan ini diadakan untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara warga KUPU SB dan menghidupkan lagi acara-acara keislaman dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam mengamalkan kewajipan agama.

Di samping itu, ia juga bagi mewujudkan aktiviti-aktiviti dan program dakwah dan tarbiyyah yang tersusun serta menyemarakkan suasana hari-hari kebesaran Islam.

ARTIKEL YANG SAMA