Penutupan dew...

Penutupan dewan pameran muzium

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Julai – Jabatan Muzium-Muzium dalam kenyataannya, hari ini, memaklumkan orang ramai mengenai penutupan dewan-dewan pamerannya Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 pada 15 Julai nanti.

Di samping itu, Jabatan Muzium-Muzium juga memaklumkan mengenai penutupan dewan-dewan pameran galeri-galerinya pada 1,2 dan 3 Syawal 1436 sempena Hari Raya Aidilfitri Pertama, Kedua dan Ketiga.

Dewan pameran dan galeri-galeri berkenaan adalah Muzium Teknologi Melayu, Bangunan Alat Kebesaran Diraja, Taman Warisan Tasek Merimbun, Galeri Seni, Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan, Muzium Maritim dan Galeri Sukan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.