Penutupan jalan di pusat bandar

Penutupan jalan di pusat bandar

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Feb – Para pemilik dan pengusaha kenderaan berat dan barangan dimaklumkan bahawa semua jalan menuju ke Taman Sir Haji Muda Omar ‘Ali Saifuddien akan ditutup sementara semasa Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 pada 23 Februari ini.

Lembaga Melesen Pengangkutan Bermotor Negara Brunei Darussalam, dalam kenyataannya hari ini berkata, penutupan bermula seawal 5 pagi sehingga acara selesai itu adalah bagi melancarkan perkhidmatan pengangkutan bas ulang-alik pada hari tersebut.

Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas, Polis Diraja Brunei juga akan membuat penutupan sementara pada 20 Februari dan bila-bila masa raptai diadakan.

Sehubungan itu, para pemilik kereta dan pengurus syarikat berkenaan diingatkan supaya menasihatkan pemandu-pemandu mereka untuk menggunakan jalan-jalan alternatif dan tidak dibenarkan melalui jalan-jalan tersebut serta mematuhi arahan-arahan anggota JSKLL.

ARTIKEL YANG SAMA