Penutupan jalan sementara

Penutupan jalan sementara

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan jalan sementara di Simpang 38, Jalan Sengkurong B, untuk memberi laluan bagi pembinaan ‘box culvert’, menggantikan ‘Steel Bailey Bridge’ yang sedia ada.

Penutupan sementara ini yang mengambil masa selama sebulan dan telah pun bermula pada 4 Ogos lalu sehingga 3 September 2016, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JKR, hari ini.

Sehubungan itu orang ramai khususnya para pengguna jalan raya disarankan supaya akan dapat menggunakan jalan alternatif seperti yang terdapat di dalam peta.

JKR dalam kenyataannya juga menasihatkan para pengguna jalan raya yang akan menggunakan jalan tersebut supaya akan sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan-papan tanda arahan yang disediakan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn.