Penutupan jalan sempena persembahan bunga api

Penutupan jalan sempena persembahan bunga api

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 28 Julai – Pasukan Polis Diraja Brunei memaklumkan mengenai penutupan jalan di beberapa kawasan Pekan Tutong semasa persembahan bunga api bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun yang akan diadakan esok malam.

Beberapa batang jalan yang akan ditutup pada malam itu ialah Jalan Enche Awang Simpang No. 14 Jalan Ke Petani, Jalan Penyurat Haji Abu Bakar, Jalan D.S. Pg Haji Abu Bakar dan Jalan Sungai Basong Simpang No. 59.

Jalan-jalan tersebut akan ditutup bermula jam 6:30 petang sehingga acara selesai dijalankan.

Dalam pada itu, orang ramai yang berkunjung untuk menyaksikan persembahan bunga api itu nanti turut dinasihatkan supaya akan mematuhi arahan anggota polis yang bertugas sepanjang acara tersebut berlangsung, serta tidak meletakkan kenderaan di tempat yang boleh mengganggu lalu lintas semasa acara berlangsung.

ARTIKEL YANG SAMA