Penutupan jalan sempena riadah berbasikal

Penutupan jalan sempena riadah berbasikal

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Bersempena dengan acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2016 yang akan berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien pada 14 Ogos nanti, Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL) berperanan penuh dalam pelaksanaan tugas-tugas yang berhubungan dengan lalu lintas serta bagi penyelarasan lalu lintas dan kawal selia di keseluruhan laluan riadah berbasikal itu.

Sehubungan itu, JSKLL memaklumkan orang ramai bahawa beberapa jalan raya akan ditutup dan dikawal selia semasa acara berkenaan bagi memastikan keselesaan semua pihak serta kelancaran acara itu nanti.

“Semasa berlangsungnya acara Riadah Berbasikal Keputeraan Kayuhan Santai sejauh 15 kilometer itu nanti, beberapa jalan utama akan dikawal selia bagi memberi kelancaran lalu lintas di mana JSKLL akan menempatkan anggota polis trafik di jalan-jalan berkenaan,” jelas Pemangku Pegawai Operasi JSKLL, ASP Pengiran Aminul bin Pengiran Sarpuddin semasa sidang media Riadah Berbasikal Keputeraan 2016 yang berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini.

ASP Pengiran Aminul berkata, jalan-jalan itu termasuk lampu isyarat Jalan SOAS Simpang 4 Jalan Elizabeth II, lampu isyarat Jalan SOAS Simpang 3 Jalan Bendahara, lampu isyarat Jalan SOAS Simpang 4 Jalan Stoney, lampu isyarat Jalan SOAS Simpang 3 Jalan Dato Ibrahim, lampu isyarat Jalan SOAS Simpang 3 Jalan Dato Haji Basir, lampu isyarat Jalan Dato Haji Basir Simpang 4 Jalan Kumbang Pasang, lampu isyarat Jalan Kumbang Pasang Simpang 3 Jalan Sekolah, lampu isyarat Jalan Kumbang Pasang Simpang 3 Jalan Ong Sum Ping, lampu isyarat Jalan Kumbang Pasang Simpang 3 Jalan Gadong, Jalan Perdana Menteri Simpang Keluar dari Jalan Jerambak, lampu isyarat Jalan Perdana Menteri Simpang Jalan Jabatan Bandaran, lampu isyarat Jalan Perdana Menteri Simpang 3 Jalan Lapangan Terbang Lama, Jalan Perdana Menteri simpang keluar dari Masjid Ash-Shaliheen, pusing keliling Jalan Perdana Menteri, lampu isyarat Jalan Menteri Besar Simpang 4 Jalan Pertahanan, lampu isyarat Jalan Menteri Besar simpang Jalan Pembangunan, Lebuh Raya Sultan Hassanal Bolkiah beri laluan turun dari Jalan Menteri Besar, Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah turun dari flyover Lebuh raya Tungku, Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah naik dari Jalan Gadong, Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah pusing keliling Jalan Jame’ ‘Asr, Jalan Jame’ ‘Asr beri laluan dari pusing keliling 3 lorong, Jalan Jame’ ‘Asr beri laluan keluar dari Kompleks Membeli-belah SKH, lampu isyarat Jalan Jame’ ‘Asr Simpang 3 Jalan Kiulap, lampu isyarat Jalan Simpang 3 Jalan Tasek Lama, lampu isyarat Jalan Tasek Lama simpang Jalan Dato Isa, lampu isyarat Jalan Kianggeh Simpang 4 Jalan Bendahara, lampu isyarat Jalan Kianggeh simpang 3 Jalan Kampung Kianggeh, lampu isyarat Jalan Kianggeh simpang 3 Jalan Elizabeth II, lampu isyarat Jalan Kianggeh simpang 3 Jalan McArthur, pusing keliling Jalan McArthur simpang Jalan SOAS dan lampu isyarat Jalan SOAS simpang 4 Jalan Pemancha.

ASP Pengiran Aminul menerangkan kepada media mengenai jalan-jalan yang akan ditutup dan dikawal selia oleh anggota polis semasa acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2016.
ASP Pengiran Aminul menerangkan kepada media mengenai jalan-jalan yang akan ditutup dan dikawal selia oleh anggota polis semasa acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2016.

ASP Pengiran Aminul juga berkata bahawa pihak polis akan membuat beberapa lencongan jalan di beberapa kawasan dan bagi pengguna-pengguna lalu lintas pada hari berkenaan, polis akan memberhentikan pergerakan lalu lintas di beberapa kawasan atau jalan yang dinyatakan tadi itu.

“Ini adalah disebabkan untuk memberi laluan dan kelancaran bagi acara Riadah Berbasikal Keputeraan Kayuhan Santai untuk berlangsung.”

ASP Pengiran Amirul juga menjelaskan mengenai kawasan jalan-jalan yang ditegah meletak kereta adalah sepanjang Jalan McArthur kiri dan kanan jalan, sepanjang Jalan Masjid SOAS kiri dan kanan jalan, sepanjang Jalan Elizabeth II, sepanjang Jalan Pretty, sepanjang Jalan Pemancha dan kawasan letak kereta Madrasah.

Dalam hubungan itu, Polis Diraja Brunei menasihatkan semua pengguna lalu lintas supaya mengikut arahan polis, bersikap sabar dan bekerjasama semasa penutupan jalan.

Pengguna-pengguna lalu lintas juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka terlebih awal dan menggunakan jalan-jalan alternatif jika perlu. Mereka juga dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan mereka di tempat yang bersesuaian dan tidak menghalang lalu lintas.

Beliau juga berkata bahawa pihak polis mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama meramaikan dan memeriahkan lagi acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2016 dan mengingatkan semua peserta untuk memakai topi keledar dan peralatan keselamatan semasa menyertai acara berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA