Penutupan jalan sempena sambutan Maulud Nabi esok

Penutupan jalan sempena sambutan Maulud Nabi esok

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Dis – Beberapa batang jalan utama di ibu negara akan ditutup pada 24 Disember ini bersempena Upacara Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W pada tahun 1437H yang akan berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saiffudien pada 24 Disember 2015.

Jalan-jalan tersebut akan mula ditutup bermula dari jam 6:30 pagi hingga selesai acara, kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei di sini hari ini.

Jalan-jalan yang terlibat ialah Kawasan Lampu Isyarat Jalan Tutong, iaitu berhadapan dengan Bangunan Hotel Badi’ah, Kawasan Lampu Isyarat Mahkamah Besar, Kawasan Lampu Isyarat Jalan Haji Basir (Hadapan Bangunan Bomba) dan sepanjang Jalan Lampu Isyarat Taman Jubli.

Kawasan Lampu Isyarat Jalan Kumbang Pasang, iaitu berdekatan dengan STPRI sehingga ke Jalan Masuk ke Sekolah St. George, Kawasan Lampu Isyarat Jalan Bendahara (berdekatan dengan Sekolah Menengah Chung Hwa)

Termasuklah Kawasan Lampu Isyarat Jalan Jawatan Dalam/Jalan Kebangsaan, Jalan Sekolah / Jalan Tasek/ Jalan TV Besar.

Kawasan Lampu Isyarat Jalan Stoney, Kawasan Lampu Isyarat Jalan Kianggeh (Hotel Jubilee), Kawasan Lampu Isyarat Jalan Elizabeth 2/ Jalan Kianggeh (Berdekatan dengan tokong Cina), Kawasan Lampu Isyarat Jalan Residency/ Jalan Mc Arthur.

Menurut kenyataan itu lagi, penutupan utama sepanjang Jalan McArthur/Jalan Sultan/ Kawasan Lampu Isyarat Jalan Roberts, sepanjang Jalan Elizabeth 2, sepanjang Jalan Sumbiling (Jalan menuju ke Balai Polis Pusat, BSB), sepanjang Jalan Stoney, sepanjang Jalan Sultan, sepanjang Jalan Pemancha, sepanjang Jalan Residency menghala ke Kota Batu (dekat simpang jalan ke Kementerian hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan).

Sementara itu, tempat-tempat letak kereta yang perlu dikosongkan sehari sebelum upacara perhimpunan bermula ialah sepanjang Jalan Tasek/ Jalan Kianggeh/Jalan Mc Arthur dan Jalan Sultan, Jalan Stoney/ Jalan Haji Basir dan Jalan Sekolah. Ini kerana jalan-jalan tersebut akan digunakan untuk upacara perarakan Maulud Nabi Muhammad S.A.W.

Bagi para peserta perhimpunan, sama ada dari institusi-institusi pendidikan ataupun agensi-agensi kerajaan dan swasta, dimaklumkan bahawa bas yang membawa peserta yang datang dari laluan Jalan Kebangsaan, hendaklah menurunkan peserta di kawasan Jalan Bendahara, Jalan Stoney (dekat Hotel Terrace) Jalan Padang dan Jalan Kumbang Pasang.

Orang ramai diingatkan agar mematuhi arahan polis trafik yang bertugas. Pihak polis juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang meletakan kenderaan di tempat yang ditegah.

ARTIKEL YANG SAMA