Penutupan jalan Sg Pandan

Penutupan jalan Sg Pandan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memohon maaf atas ketidakselesaan para pengguna jalan raya ekoran penutupan sementara sebahagian jalan raya menuju Jalan Sungai Pandan, Kuala Belait, yang telah bermula 27 Julai lalu hingga 26 September 2015.

Menurut kenyataan JKR, hari ini, penutupan berkenaan adalah disebabkan kerja-kerja penanaman paip pembetungan bawah tanah berukuran 200mm diameter sedalam 4 meter hingga 5 meter.

Penutupan berkenaan melibatkan Jalan Sungai Pandan (penutupan penuh) antara simpang 214 sehingga persimpangan Jalan Pandan Enam, dan Jalan Sungai Pandan (separuh jalan) antara simpang 235 dan Bilik Pameran Nissan.

Sehubungan dengan itu, JKR dalam kenyataannya, menasihatkan para pengguna jalan raya yang akan menggunakan jalan tersebut supaya akan sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju, papan-papan tanda arahan serta lampu isyarat yang disediakan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

ARTIKEL YANG SAMA