Penutupan kaunter JIPK

Penutupan kaunter JIPK

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) memaklumkan ia akan menutup Kaunter Perkhidmatan Pendaftaran Kad Pengenalan di Ibu Pejabat JIPK dan pejabat cawangan seluruh daerah pada Jumaat, 23 September.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, penutupan kaunter-kaunter perkhidmatan berkenaan adalah disebabkan kerja-kerja pemeliharaan sistem komputer.

ARTIKEL YANG SAMA