Penutupan kaunter JPD sempena Raya

Penutupan kaunter JPD sempena Raya

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Julai – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan memaklumkan kepada orang ramai bahawa kaunter-kaunter pembayaran JPD di semua cawangan di keempat-empat daerah akan ditutup pada hari kelepasan awam sempena Hari Raya Aidilfitri tertakluk kepada hasil penglihatan Anak Bulan Syawal 1437 Hijrah.

Menurut kenyataannya yang dikeluarkan, hari ini, jika 1 Syawal jatuh pada 6 Julai, JPD akan ditutup dari 6 hingga 9 Julai dan akan dibuka semula pada 11 Julai.

Jika 1 Syawal jatuh pada 7 Julai, JPD akan ditutup dari 7 Julai sehingga 11 Julai serta akan kembali beroperasi seperti biasa pada 12 Julai.

ARTIKEL YANG SAMA