Penutupan kaunter perkhidmatan AMBD

Penutupan kaunter perkhidmatan AMBD

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Dis – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) memaklumkan orang ramai bahawa perkhidmatan-perkhidmatannya termasuk Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Biro Kredit, kaunter-kaunter pembayaran, Sistem Real Time Gross Settlement (RTGS) dan Cheque Clearing House serta semua kaunter perkhidmatan AMBD yang lain akan ditutup esok (31 Disember).

Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut akan beroperasi seperti biasa pada 4 Januari 2016.

Sementara itu, AMBD dalam kenyataannya hari ini, juga memaklumkan bahawa Pejabat AMBD dan Galeri Mata Wang akan beroperasi seperti biasa esok. Sehubungan itu, orang ramai yang ingin melawat Galeri Mata Wang AMBD bolehlah ke Bangunan BCMB, Kompleks Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive.

Galeri ini dibukakan kepada orang ramai dari jam 8:30 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 4:30 petang kecuali pada hari Jumaat dari jam 8:30 hingga 11 pagi dan 3 hingga 4 petang.