Penutupan sebahagian jalan Lebuh Raya ‘Seria ByPass’

Penutupan sebahagian jalan Lebuh Raya ‘Seria ByPass’

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Nov – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai bahawa sebahagian jalan Lebuh Raya ‘Seria ByPass’ baru yang menghala ke Kuala Belait akan dijadikan satu lorong bermula dari persimpangan Seria sehingga KM 12 Kuala Belait berdekatan Menara DST bagi kerja-kerja menaik taraf lebuh raya lama bersebelahan.

Menurut kenyataan JKR, penutupan jalan akan bermula pada 28 November ini dengan kerja-kerja akan mengambil masa selama enam bulan.

pg06_151127_c

JKR, dalam kenyataannya, juga menasihatkan para pengguna jalan raya yang akan menggunakan jalan tersebut supaya akan sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan-papan tanda arahan yang disediakan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Facebook Jabatan Kerja Raya Brunei Darussalam dan e-mel ke alamat pro@pwd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA