Penutupan sebahagian Jalan Pengiran Babu Raja

Penutupan sebahagian Jalan Pengiran Babu Raja

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan mengenai penutupan segera sebahagian Jalan Pengiran Babu Raja, bermula dari persimpangan lampu isyarat Jalan Pengiran Babu Raja/Jalan Pasar Gadong hala menuju ke Jalan Gadong.

Penutupan tersebut adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan kawasan jambatan yang telah mengalami kerosakan dan memerlukan pembaikan dengan sesegeranya.

Menurut kenyataan JKR, jalan lencongan sementara adalah disediakan melalui Jalan Pasar Gadong bagi memastikan keselamatan semua pihak sewaktu kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan. Bagaimanapun, para pemandu bolehlah menggunakan jalan-jalan alternatif bagi menggelakkan kesesakan yang mungkin timbul disebabkan oleh penutupan tersebut.

Penutupan sebahagian jalan tersebut akan dibuka semula kepada orang ramai sebaik sahaja kerja-kerja pembaikan selesai dilaksanakan.

Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan-papan tanda jalan yang dipasang bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

ARTIKEL YANG SAMA