Penutupan sementara Jalan Maulana di Belait

Penutupan sementara Jalan Maulana di Belait

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jun – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai bahawa Jalan Maulana / Jalan Penglima, Kuala Belait akan ditutup selama dua bulan bermula 6 Jun hingga 5 Ogos depan.

Menurut kenyataan JKR, penutupan sementara ini adalah disebabkan kerja-kerja pemasangan ‘Box Culvert’ baru 1000mm bagi mengganti 600mm round culvert yang lama di jalan berkenaan.

Sepanjang penutupan jalan raya tersebut, pengguna-pengguna jalan raya di kawasan itu, dinasihatkan untuk menggunakan jalan-jalan alternatif yang lain.

JKR, dalam kenyataannya, juga menasihatkan para pengguna jalan raya yang akan menggunakan jalan tersebut supaya akan sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan-papan tanda arahan yang disediakan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Facebook (Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam) dan e-mel ke alamat pro@pwd.gov.bn

ARTIKEL YANG SAMA