Penutupan sementara kaunter TAP

Penutupan sementara kaunter TAP

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter di cawangan Temburong akan ditutup sementara di sebelah pagi esok (Khamis, 20 Ogos) dan cawangan Kuala Belait pada 22 Ogos.

Menurut kenyataan TAP di sini, perkhidmatan kaunter di cawangan-cawangan tersebut akan kembali beroperasi seperti biasa di sebelah petang jam 1.30 hingga 3.30 petang.

Majikan dan ahli yang telah mendaftar sebagai pengguna e-Amanah masih boleh membuat pembayaran melalui laman sesawang TAP di alamat www.tap.com.bn

ARTIKEL YANG SAMA