Penutupan sementara perkhidmatan TAP

Penutupan sementara perkhidmatan TAP

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Dis – Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan bahawa mereka akan melaksanakan penambahbaikan sistem utamanya pada 23 Disember ini bermula 3 petang hingga 27 Disember.

Berikutan dengan itu, TAP dalam kenyataannya memberitahu, perkhidmatan dalam talian iaitu e-Amanah dan e-info Kiosk tidak akan dapat digunakan pada tarikh dan waktu berkenaan.

Seterusnya permohonan pengeluaran TAP, SCP dan STP yang diterima pada 21 hingga 23 Disember 2015 hanya akan diproses pada 28 Disember 2015.

Sebarang kesulitan yang mungkin dihadapi adalah amat dikesali dan untuk pertanyaan, bolehlah menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800 (pada waktu bekerja).

ARTIKEL YANG SAMA