Penutupan sementara sebahagian Jalan Residency

Penutupan sementara sebahagian Jalan Residency

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa sebahagian jalan raya berdepan dengan bangunan Pusat Kesenian, Jalan Residency, ditutup sementara bermula 12 tengah hari ini hingga kerja-kerja selesai.

Menurut kenyataan JKR, penutupan itu adalah berikutan kerja-kerja pembaikan paip pembetungan bawah tanah berukuran 600 mm sedalam 3.0 m.

Kenyataan itu menambah, usaha bagi menyiapkan kerja-kerja membaik pulih akan disegerakan.

Sehubungan itu, JKR menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan bertolak ansur serta mematuhi papan tanda yang disediakan.

ARTIKEL YANG SAMA