Penutupan sementara Simpang 481, Jalan Subok

Penutupan sementara Simpang 481, Jalan Subok

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya dan penduduk Kampung Subok mengenai penutupan sementara di Simpang 481, Jalan Subok.

Penutupan sementara jalan raya di simpang berkenaan adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan kalbat kekotak (Box Culvert) baru bagi menggantikan kalbat yang sedia ada.

JKR dalam kenyataannya di sini, hari ini, menyatakan bahawa kerja-kerja pemasangan kalbat kekotak itu telah mula dilaksanakan dan dijangka siap pada hujung bulan. Dalam pada itu, JKR juga menasihatkan para pengguna jalan raya yang akan menggunakan jalan tersebut supaya akan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang dituju dan akan sentiasa berhati-hati serta mematuhi papan-papan tanda arahan yang disediakan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel ke alamat pro@pwd.gov.bn

Jalan ditutup sementara bagi memberi laluan pemasangan kalbat kekotak baru.
Jalan ditutup sementara bagi memberi laluan pemasangan kalbat kekotak baru.