Penutupan separuh jalan di Jambatan Edinburgh

Penutupan separuh jalan di Jambatan Edinburgh

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Sebahagian jalan menuju ke Bandar Seri Begawan melalui Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha berdekatan dengan Jambatan Edinburgh akan ditutup sementara.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, mengatakan penutupan sebahagian jalan ini adalah untuk kerja-kerja pembaikan paip pembetungan bawah tanah berukuran 300mm diameter sedalam lebih kurang 7 meter di jalan tersebut.

Penutupan sementara jalan ini akan bermula pada jam 11 pagi hari ini sehingga kerja-kerja selesai dijalankan dan akan disiapkan secepat mungkin.

Untuk itu, JKR menasihatkan pengguna-pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan yang disediakan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Bagi sebarang aduan bolehlah menghubungi jabatan itu melalui Talian Darussalam: 123 atau Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam atau e-mel kepada pro@pwd.gov.bn

ARTIKEL YANG SAMA